Author: Bapak Labur
-
Perlukah Melangsaikan Hutang Rumah Dengan Cepat?
Kalau ditanya kepada saya, perlukah kita melangsaikan hutang rumah dengan cepat? Jawapan saya, tidak semestinya. Terutamanya kalau kita masih mempunyai hutang lain seperti kad kredit dan personal loan. Bagi saya, sebelum fikir hendak cepat habiskan hutang rumah, kita perlu lihat keseluruhan kedudukan kewangan kita terlebih dahulu. Hutang rumah biasanya adalah komitmen jangka panjang. Tempohnya mungkin…
-
Cabaran Mengurus Masa Antara Kerja, Keluarga dan Bisnes
Cabaran paling besar dalam hidup saya sekarang bukan mencari idea atau peluang. Cabaran saya adalah masa. Saya perlu membahagikan masa antara kerja hakiki, keluarga, bisnes dan diri sendiri. Bila saya tengok semula apa yang saya lakukan setiap minggu, boleh di katakan sebahagian besar daripadanya banyak dihabiskan untuk kerja hakiki saya. Saya selalu berpegang pada pendapat…
-
5 Nasihat Untuk Orang Muda Yang Baru Memulakan Kerjaya
Kalau umur anda masih bawah 30 tahun dan baru memulakan kerjaya, jangan terlalu risau kalau perjalanan anda nampak perlahan. Tahun-tahun awal bekerja sebenarnya adalah tempoh untuk membina asas. Pada pandangan saya, ada lima perkara yang penting yang anda perlu ada iaitu bersabar, terus belajar, kuat berusaha, jaga reputasi dan mula urus kewangan dari awal. Apa…
-
Apa Maksud Kekayaan Yang Sebenar Dalam Hidup Saya
Dulu saya fikir kaya itu apabila kita ada banyak duit. Rumah besar, kereta yang selesa, simpanan yang banyak dan boleh berbelanja tanpa perlu risau duit habis. Tetapi bila saya dah berumur 41 tahun, pandangan saya tentang kekayaan semakin berubah. Hari ini, definisi kaya bagi saya jauh lebih sederhana: saya ada kuasa untuk memilih. Saya mahu…
-
Bagaimana Saya Membina Portfolio Pelaburan Unit Trust Secara Konsisten
Saya mula melabur dalam unit trust pada tahun 2010. Sejak itu, saya belajar bahawa membina portfolio pelaburan bukan tentang mencari dana yang boleh memberikan keuntungan paling tinggi dalam masa singkat. Bagi saya, perkara paling penting ialah konsisten, mempunyai matlamat dan memberikan masa kepada pelaburan untuk berkembang. Ada tahun portfolio naik, ada tahun pasaran jatuh. Tetapi…
-
Formula Bajet Bulanan Yang Saya Gunakan Untuk Keluarga
Apabila saya sedar 66% daripada pendapatan bersih saya digunakan untuk membayar hutang setiap bulan, saya tahu formula bajet biasa tidak sesuai dengan keadaan saya. Daripada setiap RM100 yang masuk, RM66 sudah digunakan untuk hutang dan hanya RM34 yang tinggal. Jadi saya bina formula sendiri berdasarkan realiti kewangan keluarga saya sekarang. Formula saya mudah: Pendapatan Bersih…
-
Different people, different approach.
Bila saya naik pangkat ke jawatan Manager dan diberikan tanggungjawab untuk drive project dari HQ, antara cabaran terbesar saya bukanlah sistem, proses atau data. Cabaran sebenar ialah manusia. Saya perlu mendapatkan kerjasama pengurus-pengurus di state untuk mencapai target yang telah ditetapkan. Pada peringkat awal, saya agak struggle. Bila result tak bergerak atau arahan tidak dilaksanakan,…
-
Siksanya Hidup Bila Hutang Banyak
Saya pernah dengar orang berkata, hutang bukan sekadar mengambil duit kita, tetapi ia juga mengambil ketenangan hidup kita. Dulu saya dengar ayat ini seperti ayat motivasi biasa. Hari ini saya mula memahami maksudnya. Setiap bulan, kira-kira 66% daripada pendapatan bersih saya habis hanya untuk membayar hutang. Maknanya, daripada setiap RM100 yang masuk, RM66 sebenarnya bukan…
-
Road to Madinah: Persediaan Kewangan dan Rohani Keluarga Kami
Ada sesuatu tentang Madinah yang sukar saya gambarkan dengan kata-kata. Kota ini tidak semegah kota-kota besar dunia. Tiada bangunan pencakar langit yang menjadi tarikan utama, tiada hiruk-pikuk yang membuatkan manusia mahu mengejar dunia. Tetapi Madinah mempunyai sesuatu yang jauh lebih mahal iaitu ketenangan. Inilah kota yang menerima penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w., kota yang menjadi saksi…
-
Kesilapan Pelaburan Yang Saya Tidak Akan Ulang Lagi
Saya pernah rugi dalam pelaburan saham. Waktu tu, saya ikut-ikut orang lain. Saya FOMO, Fear Of Missing Out. Salah satu contoh paling jelas ialah saham Sedania, yang saya beli kerana takut terlepas peluang ketika melihat orang lain mula masuk. Akhirnya, saya rugi sekitar 30% dalam pelaburan tersebut. Kejadian itu, saya masih ingat lagi. Ia berlaku…