Formula Bajet Bulanan Yang Saya Gunakan Untuk Keluarga

Apabila saya sedar 66% daripada pendapatan bersih saya digunakan untuk membayar hutang setiap bulan, saya tahu formula bajet biasa tidak sesuai dengan keadaan saya. Daripada setiap RM100 yang masuk, RM66 sudah digunakan untuk hutang dan hanya RM34 yang tinggal. Jadi saya bina formula sendiri berdasarkan realiti kewangan keluarga saya sekarang.

Formula saya mudah: Pendapatan Bersih – 66% Bayaran Hutang = Baki Bersih

Daripada baki bersih tersebut, saya bahagikan menggunakan formula 70:10:15:5:

  1. 70% – Keperluan
    Makan minum, minyak, tol, bil dan keperluan keluarga.
  2. 10% – Kehendak
    Makan di luar, berjalan dan perbelanjaan yang bukan keperluan utama. Bila bajet ini habis, saya perlu berhenti berbelanja.
  3. 15% – Extra Bayaran Hutang
    Saya gunakan untuk teknik debt snowball. Fokus selesaikan satu hutang dahulu sebelum menyerang hutang seterusnya.
  4. 5% – Simpanan
    Walaupun jumlahnya kecil, saya tetap mahu membina simpanan supaya kecemasan tidak menyebabkan saya kembali menggunakan kad kredit.

Saya tahu formula ini bukan formula kewangan yang sempurna. Ia juga mungkin tidak sesuai untuk semua orang. Tetapi inilah formula yang sesuai dengan keadaan saya sekarang. Matlamat saya mudah. Kawal perbelanjaan, bina simpanan dan selesaikan hutang sedikit demi sedikit.

InsyaAllah..

Saya berharap satu hari nanti, apabila hutang semakin berkurang, formula ini juga akan berubah. Lebih banyak duit boleh dialihkan kepada simpanan dan pelaburan. Buat masa sekarang, saya tidak mengejar untuk nampak kaya. Saya cuma mahu mengambil semula kawalan terhadap kewangan keluarga saya, satu bulan pada satu masa.

#BapakLabur

Leave a comment