Author: Bapak Labur
-
Dana Kecemasan Keluarga: Cara Saya Bermula Dengan RM1,000
Saya memilih untuk mengurus kewangan keluarga menggunakan kaedah Dave Ramsey yang dikenali sebagai Baby Step. Kaedah ini sangat mudah diikuti kerana kita hanya perlu fokus pada satu langkah pada satu masa. Matlamatnya bukan untuk cepat kaya, tetapi untuk membina kewangan yang lebih stabil dan tenang. Langkah pertama (Baby Step 1) ialah menyediakan dana kecemasan sebanyak…
-
Mengapa Saya Masih Berniaga Walaupun Ada Kerjaya Tetap
Saya dan bisnes memang berpisah tiada. Sejak kecil, saya melihat sendiri bagaimana bisnes menjadi sebahagian daripada kehidupan keluarga kami. Atuk dan nenek saya berniaga kedai makan. Mak pula pernah menjual popia dan nasi himpit kuah kacang. Beberapa tahun lalu, saya dan keluarga mengusahakan bisnes ternakan dan pembekalan ayam kampung. Namun, semuanya tinggal kenangan apabila bisnes…
-
Chapter 3: Bagaimana Saya Akhirnya Berjaya Menjadi Manager Selepas Pernah Gagal
Ramai orang ingat kegagalan adalah penamat. Saya juga pernah berasa begitu. Selepas gagal mendapat jawatan Manager, saya kecewa dan tertanya-tanya di mana silapnya. Namun, apabila emosi mula reda, saya sedar satu perkara. Kalau saya terus melakukan perkara yang sama, saya mungkin akan mendapat keputusan yang sama juga. Jadi saya memilih untuk berubah. Ubah cara saya…
-
Chapter 2: Saya Pernah Gagal Naik Pangkat. Rupanya Saya Silap Tentang Erti Seorang Manager
Selepas tujuh tahun sebagai Technical Assistant, akhirnya saya berjaya dinaikkan pangkat sebagai Assistant Manager pada Oktober 2016. Sejujurnya, saya fikir inilah titik perubahan yang saya tunggu selama ini. Saya sangka apabila sudah memegang jawatan baharu, segala-galanya akan menjadi lebih mudah. Rupanya, saya silap. Cabaran sebenar baru sahaja bermula. Pada awalnya, saya tidak merasakan perubahan yang…
-
Chapter 1: Dari Technical Assistant ke Assistant Manager: 7 Tahun Yang Membentuk Kerjaya Saya
Setiap orang ada perjalanan kerjaya yang berbeza. Saya juga tidak terkecuali. Saya bermula sebagai Technical Assistant dan tidak pernah menyangka suatu hari nanti akan diberi peluang memegang jawatan Manager. Sepanjang perjalanan itu, saya belajar bahawa kejayaan bukan datang dalam sekelip mata, tetapi hasil daripada usaha, pengorbanan, pembelajaran dan kesabaran yang berterusan. Dalam siri artikel ini,…
-
Umur 40 Tahun Masih Belum Berjaya? Kisah Vozinha Ini Mungkin Buat Kita Semua Berfikir Semula
Kita selalu dengar orang cakap, kalau umur dah masuk 40 tahun tapi masih belum berjaya, mungkin peluang kita dah semakin tipis. Tengok orang lain dah pegang jawatan besar, gaji tinggi, hidup selesa, kita pula masih bekerja keras setiap hari demi keluarga. Itulah hakikat kehidupan, setiap orang ada perjalanan hidup yang berbeza. Kisah penjaga gol Cape…
-
Kenapa Saya Memilih Unit Trust Sebagai Pelaburan Utama
Bila mula serius merancang kewangan keluarga, saya sedar satu perkara yang saya perlukan pelaburan yang mudah difahami, konsisten dan tidak mengganggu fokus terhadap kerjaya saya serta keluarga. Sebab itu, saya memilih unit trust sebagai pelaburan utama. Bukan kerana ia paling hebat dan paling untung, tetapi kerana unit trust paling sesuai dengan matlamat dan gaya hidup…
-
7 Kesilapan Mengurus Wang Yang Saya Pernah Lakukan
Bila melihat semula perjalanan kewangan saya, banyak perkara yang saya harap dapat diperbetulkan lebih awal. Kesilapan ini bukan kerana pendapatan yang kecil, tetapi kerana kurang ilmu dan perancangan. Saya kongsikan pengalaman ini supaya kita sama-sama dapat belajar dan mengelakkan kesilapan yang sama. Kesilapan pertama ialah tidak mempunyai matlamat kewangan yang jelas. Dulu, saya hanya bekerja…
-
Kenapa Saya Memulakan Misi Financial Freedom Pada Umur 41 Tahun
Pejam celik, pejam celik. Kejap je dah habis 6 bulan 2026. Lagi 6 bulan, saya akan mula berumur 42 tahun. Cepat betul masa berlalu. Banyak yang saya tak capai lagi dalam hidup. Allahu…. Bila umur saya 41 tahun ni. Saya banyak belajar yang masa tak kan tunggu kita. Bila anak-anak dah mula membesar, ibu bapa…
-
Assalamualaikum dan selamat datang ke BapakLabur.com
Laman ini lahir daripada perjalanan saya sebagai seorang Bapak yang bermula dari bawah. Pernah tersilap langkah dalam mengurus kewangan. Pernah juga kecundang dalam dunia perniagaan. Malah, pernah rasa buntu dan pernah hampir berputus asa. Namun dengan izin Allah s.w.t, saya memilih untuk bangkit, belajar semula, dan perlahan-lahan membina kehidupan kewangan yang lebih baik demi diri…