Author: Bapak Labur
-
Adakah Semua Orang Perlu Ada Takaful?
Ramai orang muda berumur 25 hingga 35 tahun merasakan takaful belum menjadi keperluan. “Saya masih muda.” “Saya sihat.” “Komitmen belum banyak.” Saya sendiri faham pemikiran ini. Tetapi semakin kita dewasa, semakin banyak perkara yang bergantung kepada kita. Takaful bukan tentang menjangka perkara buruk akan berlaku, tetapi tentang menyediakan perlindungan jika sesuatu yang tidak dijangka berlaku.…
-
Pengajaran Daripada Pelanggan Pertama Dalam Bisnes Saya
Disamping saya sebagai seorang pengurus di sebuah Telco di Malaysia. Saya juga adalah seorang consultant unit trust dan takaful. Banyak yang saya belajar semasa menjadi consultant ni. Yang paling saya ingat adalah pelanggan pertama saya. Saya belajar bahawa bisnes bukan sekadar tentang menjual produk atau service. Ia tentang membina kepercayaan, memahami manusia dan berani memulakan…
-
Cabaran Menjadi Pengurus Buat Kali Pertama
Jawatan pengurus ni mengubah cara saya berfikir dan cara bekerja. Dulu, kejayaan banyak bergantung kepada apa yang saya mampu siapkan sendiri. Selepas menjadi pengurus, kejayaan bergantung kepada kemampuan saya menggerakkan orang lain untuk mencapai hasil. Saya sendiri mengambil masa untuk memahami perubahan ini. Hampir 2 tahun baru saya faham pengurus ni patut buat apa. Cabaran…
-
ASB, Unit Trust dan Saham: Perlukah Kita Ada Ketiga-tiganya?
Ramai orang beranggapan mereka perlu memilih antara ASB, Unit Trust atau saham. Sebenarnya, pelaburan bukan soal memilih satu yang terbaik, tetapi memilih kombinasi yang sesuai dengan matlamat kewangan anda. Setiap instrumen mempunyai kelebihan dan fungsi yang berbeza. Sebab itu ramai pelabur membina portfolio yang menggabungkan ketiga-tiganya. ASB sesuai dijadikan asas kewangan kerana risikonya lebih rendah…
-
Matlamat Kewangan Keluarga Saya Menjelang 2035
Setiap keluarga mempunyai impian yang berbeza. Ada yang bercita-cita memiliki rumah yang lebih besar, ada yang mahu menghantar anak belajar ke luar negara, dan ada juga yang ingin mengembara ke seluruh dunia. Bagi saya dan isteri, matlamat kewangan bukan sekadar kumpul banyak harta tetapi kami mahu membina kehidupan yang lebih tenang, mempunyai kebebasan memilih bagaimana…
-
Umur 25–35 Tahun, Patut Melabur ASB, Unit Trust atau Saham Dahulu?
Kalau anda berumur antara 25 hingga 35 tahun dan sudah mempunyai pendapatan tetap, tahniah!!. Ini ialah fasa terbaik untuk mula membina kekayaan. Persoalan yang selalu saya dengar dari prospect saya ialah, “Tuan…saya patut mula labur dalam ASB, Unit Trust atau saham?” Saya jawab. Tiada satu pelaburan yang sesuai untuk semua orang kerana setiap orang mempunyai…
-
Cara Urus Gaji Supaya Tidak Habis Sebelum Hujung Bulan
Waktu awal-awal saya mula bekerja, gaji pertama masuk. Seronok lain macam. Maklumlah, waktu tu rasa diri dah dewasa sebab dah ada pendapatan sendiri. Namun, kegembiraan itu bertahan kejap je kerana sebelum hujung bulan, baki dalam akaun tinggal sikit. Selepas beberapa tahun bekerja, saya mula sedar bahawa masalah sebenar bukan jumlah gaji, tetapi cara kita menguruskannya.…
-
5 Nasihat Yang Saya Harap Saya Dapat Sebelum Memulakan Kerjaya Saya
Saya masih ingat perasaan pada hari pertama masuk ke tempat kerja. Berdebar, teruja dan dalam masa yang sama sedikit takut. Waktu tu, saya fikir yang kalau saya rajin bekerja dan pandai buat kerja. Semuanya akan berjalan dengan baik. Tetapi selepas beberapa tahun bekerja, saya sedar dunia pekerjaan tidak semudah yang saya bayangkan. Banyak perkara yang…
-
Definisi Financial Freedom Yang Saya Percaya
“Kalau esok saya berhenti kerja, adakah keluarga saya masih boleh meneruskan kehidupan seperti biasa?” Itulah soalan yang sering saya tanyakan kepada diri saya. Soalan ini juga telah mengubah cara saya melihat maksud sebenar financial freedom. Ramai yang bercakap tentang kebebasan kewangan. Ada yang mengaitkannya dengan memiliki jutaan ringgit, bersara pada usia muda atau mengembara ke…
-
Kenapa Saya Masih Memilih Unit Trust Selepas Lebih Sedekad Melabur
“Kekayaan bukan dibina dalam satu malam. Ia dibina melalui keputusan yang betul, diulang berkali-kali dalam tempoh yang panjang.” Saya masih ingat ketika saya mula melabur dalam unit trust pada tahun 2010. Waktu itu saya hanyalah seorang pekerja yang sedang membina kerjaya. Gaji tidaklah besar, kalau tidak salah saya. Gaji sebulan waktu itu baru RM1,250. Walaupun…