
Pejam celik, pejam celik. Kejap je dah habis 6 bulan 2026. Lagi 6 bulan, saya akan mula berumur 42 tahun. Cepat betul masa berlalu. Banyak yang saya tak capai lagi dalam hidup.
Allahu….
Bila umur saya 41 tahun ni. Saya banyak belajar yang masa tak kan tunggu kita. Bila anak-anak dah mula membesar, ibu bapa kita pula semakin berusia dan kita pun semakin menua. Banyak yang saya kena fikir. Fikir kan pembesaran anak-anak. Fikir tanggungjawab sebagai seorang anak. Fikir tentang bertapa lemah nya iman sebagai seorang Hamba yang Maha Esa.
Allah….banyak nya saya nak kena buat….
Bila dah banyak nak kena buat. Mulalah saya terfikir. Kalau suatu hari nanti saya tidak lagi mampu bekerja seperti sekarang, adakah keluarga saya masih boleh meneruskan kehidupan dengan baik? Adakah kebajikan mak bapak saya terbela bila kewangan saya di takuk sekarang? Apa yang saya nak tinggalkan sebagai perlaburan akhirat bila saya tiada duit extra?
Sebabkan persoalan ini lah, saya nak mulakan misi financial freedom pada umur 41 tahun. Macam agak lewat tapi bak kata pepatah orang kampung. Biar lambat nak bermula, tapi jangan langsung tak mulakan.
Lagi pun, bila kita ada kewangan yang baik. Kita akan ada lebih ketenangan dalam kehidupan di hari tua kelak. Dalam masa yang sama, kita ada pilihan untuk meneruskan kehidupan yang kita nak. Macam saya, saya nak bersara dari kerjaya saya sekarang pada usia 50 tahun. Jadi dalam kes saya, saya hanya ada 9 tahun untuk berusaha supaya ada pilihan untuk bersara pada umur 50 tahun.
Walaupun nak bersara pada usia 50 tahun. Bukan bermakna saya langsung tak nak bekerja. Cuma, saya mahu bekerja mengikut apa yang saya mahukan. Ada pilihan nak kerja apa. Bukan macam sekarang, saya kena masuk kerja di office di Bangsar dari Isnin ke Jumaat. Waktu kerja 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Keluar rumah pada 6.15 pagi, sampai rumah dalam 7.30 malam.
Bagi saya, financial freedom boleh beri pilihan kepada saya dan keluarga saya nak kerja apa, kerja jam berapa dan kerja kat mana.
InsyaAllah…saya cuba yang terbaik…
Untuk capai misi say aini. Saya perlu:
- Membina kerjaya yang berkembang
- Meningkatkan lagi pendapatan kedua saya
- Mengurus kewangan dengan lebih bijak
- Membina asset sedikit demi sedikit
Jika 4 perkara ni saya dapat lakukan dengan baik. InsyaAllah, saya boleh bersara pada usia 50 tahun dari kerjaya saya sekarang.
Jadi, doakan saya yaa. Saya pun doakan anda semua dapat improve kan kewangan masing-masing menjadi lebih baik.
InsyaAllah…
P/S : Anda dah cuba baiki tahap kewangan anda? Kalau dah, anda guna Teknik apa ya? Cuba komen sikit.
#BapakLabur
Leave a comment