
Waktu awal-awal saya mula bekerja, gaji pertama masuk. Seronok lain macam. Maklumlah, waktu tu rasa diri dah dewasa sebab dah ada pendapatan sendiri. Namun, kegembiraan itu bertahan kejap je kerana sebelum hujung bulan, baki dalam akaun tinggal sikit. Selepas beberapa tahun bekerja, saya mula sedar bahawa masalah sebenar bukan jumlah gaji, tetapi cara kita menguruskannya. Sama ada baru bekerja atau sudah lama berkerja, pengurusan gaji yang baik ialah asas kepada kestabilan kewangan.
Senario 1 – Baru Mula Bekerja
Jika anda baru memulakan kerjaya, perkara paling penting ialah belajar mengurus gaji sebelum meningkatkan gaya hidup. Sediakan bajet setiap kali menerima gaji dan asingkan simpanan terlebih dahulu, walaupun jumlahnya kecil. Jangan terlalu cepat mengikut gaya hidup rakan-rakan yang mungkin mempunyai kemampuan kewangan berbeza.
Pada masa yang sama, mulakan dana kecemasan sedikit demi sedikit supaya anda lebih bersedia menghadapi perkara yang tidak dijangka. Cuba bermula dengan simpan RM1,000 dahulu. Seterusnya, baru tingkatkan jumlah simpanan sehingga anda ada jumlah simpanan sebanyak 6 bulan gaji anda. Bila anda berjaya sampai tahap ini, anda sudah ada tabita menyimpan se awal kerjaya anda. Tabiat akan beri kesan besar pada masa depan anda.
InsyaAllah…
Senario 2 – Sudah Bekerja dan Ada Hutang
Bila dah ada hutang, kita dah tak boleh guna kaedah macam orang yang baru mula bekerja. Fokus utama kita pada waktu ini ialah mengawal aliran tunai dahulu. Senaraikan semua komitmen bulanan supaya anda tahu ke mana wang dibelanjakan, kemudian utamakan pembayaran hutang yang paling membebankan. Dalam masa yang sama, kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan cari peluang menambah pendapatan melalui kerja sampingan, perniagaan atau pelaburan.
Mengawal perbelanjaan memang penting, tetapi meningkatkan pendapatan juga membantu mempercepatkan pencapaian matlamat kewangan. Bila pendapatan meningkat, kitab oleh tingkatkan jumlah simpanan kita. Cuba mula ada simpanan RM1,000 dahulu. Bila sudah ada, mula tingkat kan jumlah simpanan sehingga capai sekurang-kurangnya 6 bulan gaji.
Penutup
Bila saya sudah berusia 41 tahun ni, saya mula percaya pengurusan gaji bukan tentang berapa banyak kita dapat gaji, tetapi bagaimana kita membuat mengurus setiap ringgit yang diterima. Jika anda baru bekerja, mulakan dengan membina tabiat menyimpan dan berbelanja secara berhemah. Jika anda sudah mempunyai komitmen kewangan macam saya, susun semula perbelanjaan dan fokus mengurangkan hutang sambil meningkatkan pendapatan. Kestabilan kewangan tidak berlaku secara kebetulan. Ia bermula dengan disiplin dan tindakan kecil yang dilakukan secara konsisten setiap bulan.
Just do it!!!
#BapakLabur
Leave a comment