
Disamping saya sebagai seorang pengurus di sebuah Telco di Malaysia. Saya juga adalah seorang consultant unit trust dan takaful. Banyak yang saya belajar semasa menjadi consultant ni. Yang paling saya ingat adalah pelanggan pertama saya. Saya belajar bahawa bisnes bukan sekadar tentang menjual produk atau service. Ia tentang membina kepercayaan, memahami manusia dan berani memulakan walaupun kita sendiri belum begitu yakin.
Pengajaran pertama: jangan terlalu fokus untuk menjual. Sebagai consultant, kita mudah terperangkap dengan target, closing dan commission. Tetapi pelanggan sebenarnya tidak terlalu kisah tentang target kita. Mereka mahu tahu satu perkara iaitu“Apa yang saya dapat dan bagaimana ini boleh membantu hidup saya?” Apabila kita mula fokus kepada keperluan pelanggan, proses menjual menjadi lebih natural.
Pengajaran kedua: kepercayaan tidak boleh dibina dalam satu pertemuan. Pelanggan pertama mengajar saya bahawa orang membeli daripada orang yang mereka percaya. Kepercayaan datang daripada cara kita bercakap, cara kita memberi penerangan dan paling penting, cara kita menjaga pelanggan selepas sales dibuat. Closing bukan pengakhiran. Ia sebenarnya permulaan hubungan.
Pengajaran ketiga: jangan takut ditolak. Sebelum mendapat pelanggan pertama, kita banyak berfikir tentang apa yang orang akan kata. Takut orang tak berminat, takut kena reject dan takut nampak seperti terlalu menjual. Tetapi apabila saya mula bercakap dengan lebih ramai orang, saya sedar bahawa rejection adalah sebahagian daripada kerja sales. Tidak semua orang akan membeli. Itu normal. Yang penting, kita terus belajar, improve dan move forward.
Daripada pelanggan pertama itu, saya belajar satu perkara yang sampai hari ini masih relevan — sales bukan tentang siapa paling pandai menjual, tetapi siapa paling konsisten membina kepercayaan dan memberi nilai kepada pelanggan. Kepada semua consultant, jangan terlalu kecewa dengan rejection dan jangan terlalu mengejar closing. Jaga proses, faham pelanggan dan bina hubungan. Kadang-kadang pelanggan pertama bukan membawa sales yang besar, tetapi membawa satu pengajaran yang mengubah cara kita melihat bisnes.
#BapakLabur
Leave a comment