Cabaran Menjadi Pengurus Buat Kali Pertama

Jawatan pengurus ni mengubah cara saya berfikir dan cara bekerja. Dulu, kejayaan banyak bergantung kepada apa yang saya mampu siapkan sendiri. Selepas menjadi pengurus, kejayaan bergantung kepada kemampuan saya menggerakkan orang lain untuk mencapai hasil. Saya sendiri mengambil masa untuk memahami perubahan ini. Hampir 2 tahun baru saya faham pengurus ni patut buat apa.

Cabaran pertama saya ialah tidak benar-benar memahami skop kerja seorang pengurus. Saya masih berfikir seperti individual contributor iaitu ada kerja, saya buat. Ada masalah, saya kena selesaikan. Lama-kelamaan saya sedar, tugas pengurus bukan untuk menjadi orang yang paling banyak bekerja, tetapi memastikan kerja yang betul dilakukan oleh orang yang betul.

Ya…kena pastikan orang buat kerja apa yang pihak pengurusan syarikat nak.

Disebabkan itu, saya mahu buat semua kerja sendiri. Saya rasa lebih cepat kalau saya buat. Tetapi apabila pengurus cuba buat semuanya, kita akhirnya menjadi bottleneck kepada team sendiri. Kerja semakin banyak, tetapi ruang untuk team belajar dan berkembang semakin kecil. Malah, kita tidak dapat fokus apa yang patut pengurus deliver. Iaitu improvement team dan kerja-kerja yang berkaitan dasar atau direction top management.

Begitu juga dengan masalah dan initiative. Hampir semua isu saya mahu pikul sendiri dan setiap initiative saya mahu gerakkan sendiri. Niatnya untuk memastikan semuanya berjalan lancar, tetapi akhirnya semua perkara bergantung kepada saya. Saya belajar bahawa pengurus perlu membina ownership dalam team, bukan menjadi satu-satunya orang yang mempunyai ownership. Di samping itu, bila buat kerja sendiri. Hasil dia tidak lah banyak tapi bila kita drive team buat kerja terbabit. Hasil dia akan jadi lebih banyak dan lebih baik.

Ya….lebih baik…

Mengurus stakeholder juga satu cabaran besar. Pada awalnya, apabila ada perbezaan pandangan, saya lebih cenderung untuk argue dan mempertahankan pendapat sendiri. Lama-kelamaan saya belajar bahawa pengurusan stakeholder bukan tentang siapa yang betul, tetapi bagaimana kita mencari titik tengah dan membawa semua pihak bergerak ke arah objektif yang sama.

Saya juga terlalu fokus kepada membuat kerja berbanding drive kerja. Saya mahu memastikan kerja siap dengan tangan saya sendiri, sedangkan tanggungjawab saya ialah memastikan team dan state mampu deliver apa yang diperlukan. Perubahan kecil pada cara berfikir ini sebenarnya sangat besar kesannya.

Akhir sekali, saya perlu belajar delegate kerja kepada staff. Delegation bukan bermaksud kita melepaskan tanggungjawab, tetapi memberi ownership dan kepercayaan kepada orang lain. Hasilnya mungkin tidak sentiasa sama seperti cara kita buat, tetapi itu sebahagian daripada proses membina team. Kalau semuanya perlu dibuat oleh kita, sampai bila pun team tidak akan belajar.

Kesimpulannya, pengalaman menjadi pengurus buat kali pertama mengajar saya bahawa pengurusan bukan tentang berapa banyak kerja yang kita boleh buat, tetapi berapa banyak hasil yang kita boleh capai melalui orang lain. Kita perlu belajar melepaskan sedikit kawalan, membina kepercayaan, mengurus stakeholder dengan matang dan memberi ruang kepada team untuk berkembang. Daripada “buat kerja sendiri”, kita perlu berubah kepada “membina orang untuk buat kerja dengan baik”. Di situlah sebenarnya perjalanan menjadi seorang pengurus bermula.

#BapakLabur

Leave a comment