Tiada Siapa Pandang Bapak Dulu…Sehingga Ilmu Mengubah Segalanya

Ramai orang percaya, satu-satunya cara untuk naik gaji ialah dengan menukar kerja kita. Tetapi sebenarnya, ada satu jalan lain. Jalan yang mungkin mengambil masa lebih lama berbanding menukar kerja kita. Tapi, nilainya jauh lebih besar untuk jangka masa panjang.

Caranya adalah dengan upgrade diri kita.

Ya… upgrade diri kita dengan menambah kemahiran baru atau memperkukuhkan kemahiran yang sedia ada. Kerana setiap kemahiran atau ilmu yang kita pelajari akan menjadi aset yang kekal bersama kita, sampai bila-bila. Sampai akhir hayat kita

  • Bila kita tahu lebih banyak
  • Bila kita faham lebih dalam
  • Bila kita boleh buat perkara yang orang lain tidak boleh buat

Semua ini akan meningkatkan nilai diri kita dari masa ke semasa. Malah, AI juga tidak mampu menggantikan nilai yang kita bina. Apabila nilai kita meningkat, peluang akan datang dengan sendirinya kepada kita.

Bulan Ramadan adalah masa terbaik untuk kita membina disiplin diri. Dengan disiplin yang betul, kita mampu mempelajari ilmu-ilmu atau skill baru dan ilmu itulah yang akan membuka pintu masa depan kita dengan lebih luas lagi.

Percayalah… Bapak juga berjaya naik pangkat dari level non-executive dengan menambah ilmu dan memperkukuhkan kemahiran yang Bapak ada. Tanpa usaha untuk upgrade diri, mustahil peluang itu datang dan membawa Bapak ke tahap sekarang.

Jadi… carilah ilmu atau kemahiran yang boleh korang bangunkan sepanjang bulan Ramadan ini. Teruskan mencari dan belajar… InsyaAllah, ia akan membantu korang pada masa hadapan.

Percayalah.…

#BapakMenulis

Leave a comment