Masuk Kerja Sama-Sama. Tapi Dia Dah Jadi Boss. Aku masih di bawah lagi!!

Dulu…Selalu Bapak tertanya-tanya…Kenapa ada orang yang mula kerja waktu yang sama dengan Bapak… Boleh naik jadi bos lebih cepat dari Bapak?

Bukan mereka bekerja lebih lama. Bukan mereka lebih penat. Tetapi mereka lebih bernilai. Bapak…selalu orang pandang sebelah mata. Peluang nak naik pangkat, peluang dapat KPI 3. Selalu di ketepikan.

Apa sebab nya yaaa?

Selepas beberapa tahun. Bapak baru faham. Sebenarnya mereka yang berjaya lebih awal faham satu perkara yang ramai orang terlepas pandang. Kerjaya bukan tentang usaha sahaja. Ia tentang nilai. Nilai yang di bawa mereka untuk yang memberi impak kepada organisasi. Nilai ini yang akan tentukan kitab oleh pergi jauh atau tidak.

Ramadan ini, mari kita ambil lah peluang untuk belajar tentang sabar dan disiplin. Disiplin yang sama juga boleh digunakan untuk membina kerjaya kita. Kerana apa?

Kerana…

  • Orang yang berkembang, sentiasa belajar
  • Orang yang berkembang, sentiasa memperbaiki diri
  • Orang yang berkembang, sentiasa mencari cara untuk jadi lebih baik daripada hari semalam

Setiap hari adalah peluang untuk upgrade diri kita. InsyaAllah, dalam jangka masa panjang, upgrade kecil ini akan mengubah seluruh hidup kita.

Ya…Ia akan bantu upgrade hidup kita…

Percayalah….

#BapakMenulis

Leave a comment