Ramadan: Masa Terbaik Untuk Reset Arah Kerjaya dan Masa Depan Kita

Esok, Ramadan datang lagi. Bulan yang penuh rahmat. Bulan yang sentiasa hadir dengan rasa yang berbeza. Ia bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Ia adalah masa untuk kita berhenti seketika… dan bertanya kepada diri sendiri…

“Aku sebenarnya sedang menuju ke mana?”

Dalam kesibukan kerja, meeting, KPI, dan mengejar target, kita jarang benar-benar berhenti untuk menilai arah hidup kita. Kita hanya terus berjalan, hari demi hari. Ramadan mengajar kita untuk memperlahankan langkah. Apabila kita memperlahankan langkah, kita mula melihat perkara yang selama ini kita terlepas pandang.

Ya…perkara yang selalu kita terlepas pandang….

  • Adakah kerjaya kita benar-benar berkembang?
  • Adakah kita sedang membina masa depan yang lebih baik?
  • Atau kita sekadar bergerak… tanpa arah yang jelas?

Kerjaya bukan sekadar untuk kita bekerja untuk dapat gaji. Tetapi ia adalah proses membina nilai diri kita. Setiap ilmu yang kita pelajari, setiap kemahiran yang kita bina, dan setiap pengalaman yang kita lalui. Semuanya adalah aset yang akan menentukan siapa kita pada masa hadapan.

Begitu juga dengan tahap kewangan kita. Setiap ringgit yang kita simpan, setiap pelaburan yang kita mulakan… ia bukan sekadar untuk hari ini, tetapi untuk kebebasan dan ketenangan kita pada masa hadapan.

Ramadan adalah masa terbaik untuk kita reset. Reset cara kita berfikir. Reset arah hidup kita. Reset masa depan kita. Kerana kita tidak mahu suatu hari nanti hidup kita dalam keadaan terpaksa. Dalam keadaan tak menentu. Kita mahu hidup dengan pilihan. Kita mahu hidup dengan tenang. Semua itu bermula dengan keputusan yang kita buat pada hari ini.

Ya… hari ini…Bukan hari esok…

Marilah kita reset semula perjalanan kita. Perjalanan dalam kerjaya kita. Perjalanan dalam kehidupan kita. Paling penting, perjalanan kita sebagai hamba Allah untuk dapat Redha dari Nya.

InsyaAllah, dengan keberkatan usaha kita pada Ramadan kali ini, Allah s.w.t akan mempermudahkan urusan kita… urusan di dunia dan di akhirat.

InsyaAllah….

#BapakMenulis

Leave a comment