Umur 36 Tahun, Dia Lebih Bebas Dari Ramai Orang

Kisah ni, kisah seorang client unit trust Bapak. Baru-baru ini, Bapak ada jumpa client ni di Putrajaya. Client Bapak ni, Bapak sangat kagum. Kagum dengan cara dia urus duit dia.

Dia bukan dilahirkan dalam keluarga berada. Bukan juga terkenal di media sosial. Dia hanyalah seorang jurutera biasa. Yang bekerja seperti kita semua. Datang kerja setiap pagi. Pulang pada waktu petang. Menjaga isteri dan anak-anak. Menjalani kehidupan yang sederhana.

Kalau dilihat dari luar, tiada apa yang kelihatan luar biasa. Keretanya biasa sahaja.  Rumahnya bukan banglo, hanya rumah teres dua tingkat. Telefonnya juga bukan model yang paling mahal.

Tapi dia ada simpanan yang lebih baik dari orang lain yang seusia dia. Silap hari bulan, kewangan dia lebih baik dari orang yang berusia lebih dari 40 tahun.

  • Dalam bank: RM50,000 simpanan tunai
  • Dalam KWSP: RM180,000
  • Unit trust: RM50,000
  • Emas fizikal: RM20,000
  • Tabung Haji (Tak di nyatakan)

Jumlah RM300,000 aset kewangan. Mungkin lebih lagi jumlah duit simpanan yang dia ada.


Bapak tanya dia satu soalan.

“Apa rahsia Tuan?”

Dia senyum, lalu dia menjawab

“Saya tak pernah tunggu gaji besar untuk urus duit dengan betul. Saya cuma guna rule yang sama sejak gaji pertama. Iaitu rule 50 : 30 : 20”


50% – Lindungi kehidupan dulu

Separuh dari pendapatan dia, dia guna untuk keperluan asas. Rumah, makan, Bil, sekolah anak-anak dan keperluan keluarga. Dia akan pastikan komitmen dia tidak melebihi kemampuan dia.

Hari ini, jumlah hutang dia cuma sekitar 30% dari pendapatan bulanan dia.


30% – Hidup, tapi bukan membunuh masa depan

Walaupun dia pandai simpan. Dia tak kedekut. Dia tetap berbelanja untuk keluarga dia. Dia masih bawa keluarga bercuti. Baru-baru ni, dia pergi melancong ke Bandung, Indonesia.

Dia juga masih belanja anak-anak dia dan isteri. Masih menikmati hasil kerja keras dia. Tapi dia letakkan had perbelanjaan dia.

Dia tak biarkan lifestyle mengawal hidup dia. Dia kawal lifestyle dia. Sebab dia tahu, ramai orang hancur bukan sebab gaji kecil. Tapi sebab lifestyle besar. Termasuk lah Bapak dulu-dulu. Terjebak dalam lifestyle besar dari pendapatan. Teruk kan Bapak….Hahaha


20% – Bayar diri sendiri dulu, bukan tunggu baki

Ini yang Bapak rasa yang dia berbeza dengan orang lain. Setiap kali gaji masuk, 20% terus hilang dari akaun. Dia simpan, dia labur dan dia beli emas.

Berdisiplin kan dia?

Bapak kagum dengan dia. Sangat kagum. Walaupun client Bapak ni lebih muda dari Bapak. Tapi dia ada ilmu dan disiplin yang jauh lebih baik dari Bapak. Bapak pun tak de discipline macam dia. Bazir kat kopi je. Hahaha

Alhamdulillah… Bapak belajar sesuatu dari cerita client Bapak ni.

Korang belajar sesuatu?

#BapakBelajar

Leave a comment