
“Bapak… nak naik manager, tak semestinya tahu banyak perkara”
Itu kata-kata yang pernah salah seorang leader Bapak cakap pada Bapak. Waktu tu Bapak cuma senyum tawar. Dalam hati? Tak setuju langsung dengan leader Bapak pada waktu itu. Mengarut!!
Bapak bekerja bawah dia dari tahun 2022 sampai tahun 2024.Terus terang, dialah leader yang paling Bapak “tak ngam”. Bapak rasa, Bapak malang duduk bawah dia.
Kenapa?
Sebab dia reject Bapak untuk naik ke jawatan pengurus. Dia pilih orang lain. Sedangkan pada waktu itu, Bapak rasa Bapak dah cukup “power” dalam project management. Timeline Bapak jaga. Stakeholder Bapak urus dengan baik. Progress kerja cantik. Result pun ada.
Tapi tetap… Bapak gagal menambat hati dia. Malah, apa yang Bapak buat. Mesti dia tak bersetuju. Semua benda tak betul. Pening Bapak di buatnya.
Kecewa?
Memang kecewa. Sampai satu tahap Bapak pergi tanya HR melalui whatsapp. Boleh tak Bapak mohon VSS? Gila betul bila fikir balik. Hahaha.
Tapi sekarang…bila Bapak fikir semula apa yang berlaku, Rupa-rupanya Bapak banyak belajar bawah leader yang paling Bapak tak suka ini.
Banyak….
Bunyi Macam Tak Baik (Tapi Jadi Pengajaran Penting Bapak)
Ada masa Bapak rasa… lebih baik diam.
- Ikut sahaja direction, jangan banyak soal
- Jangan lawan arus, ikut arus
- Jangan terlalu tunjuk pandai, jadi macam orang bodoh
- Jangan terlalu tunjuk kita betul, kena akui kita salah selalu
Itu realiti politik organisasi yang Bapak belajar secara praktikal, bukan secara teori. Kadang-kadang dalam dunia korporat, “menang hujah” tak sama dengan “menang positioning”.
Ilmu Yang Sangat Bernilai (Yang Bapak Sedar Kemudian)
Leader Bapak ajar satu perkara besar dalam bekerja. Jawatan pengurus bukan tentang siapa paling banyak pengalaman. Bukan siapa paling pandai teknikal. Bukan siapa paling sibuk. Bukan siapa terpaling pandai. Bukan siapa terpaling betul.
Tapi siapa paling pandai urus expectation dari atas dan paling jelas untuk sampaikan expectation itu ke bawah. Pengurus adalah jambatan.
- Dia align direction daripada higher management
- Dia tapis tekanan
- Dia translate visi kepada tindakan
- Dia drive team untuk capai aspirasi organisasi
Bapak sedar. Itu bukan kerja orang yang “power buat kerja”. Tapi itu kerja orang yang faham strategi dan struktur. Faham macam mana nak drive orang lain.
Bapak juga belajar satu perkara penting:
- Kerja kuat sahaja tak cukup
- Kerja kena berstruktur
- Kerja kena berstrategi
- Kerja kena fokus pada impak tinggi
Bukan semua benda kita kena buat. Tapi benda yang kita buat, mesti jelas impak dia dan nilainya di mata leader serta organisasi kita. Dulu Bapak fikir jadi manager adalah reward untuk orang paling perform. Sekarang Bapak dah faham…
Ia adalah tanggungjawab untuk orang yang paling jelas dengan direction leader dan organisasi kita.
Leader yang Bapak paling tak suka itu, Sebenarnya antara guru korporat paling besar dalam hidup Bapak. Benarlah kata-kata orang. Kadang Allah s.w.t hantar orang yang kita tak selesa, bukan untuk jatuhkan kita. Tapi untuk bentuk kita menjadi orang yang lebih baik.
Hari ini Bapak bersyukur. Kalau dulu Bapak dapat jawatan itu dengan versi Bapak yang lama…mungkin Bapak hanya jadi pengurus yang penat. Bukan jadi pengurus yang matang.
Alhamdulillah….
#BapakMenulis
Leave a comment