All About Bapak

Bapak bukan CEO. Bukan influencer. Bukan juga pakar motivasi yang bercakap dari atas pentas.

Tapi….

Bapak hanyalah seorang pekerja biasa yang bermula sebagai non-executive, perlahan-lahan membina nilai diri, dan akhirnya diberi kepercayaan memegang jawatan manager di sebuah syarikat telco terbesar di Malaysia. Perjalanan ini ambil masa bukan sekejap. Tapi bertahun-tahun. Perjalanan yang penuh dengan silap, ego, teguran pedih, dan pelajaran yang mahal.

Ya…sangat mahal

Di sebabkan itulah, Bapak mula menulis. Dengan harapan ada pekerja macam Bapak yang baca penulisan Bapak ni. Sebab apa? Sebab ramai pekerja macam Bapak sebenarnya sangat rajin bekerja dan mempunyai potensi yang sangat bagus.

Tapi…..Ramai daripanya :

  • Tak faham cara sistem korporat berfungsi
  • Tak tahu bagaimana nak ‘position’ diri
  • Sibuk bekerja keras, tapi orang lain yang naik

Bapak pernah berada di tempat itu. Kerja banyak. KPI capai. Alih-alih, apply naik pangkat. Interview pun tak dapat. Yang dapat, orang yang santai-santai. Tapi berjaya position kan diri dia sehingga management nampak dia lagi bernilai.

Sedih kan?

Lebih menyedihkan, bukan sahaja Bapak tidak terpilih untuk jawatan tersebut, malah bos yang menolak permohonan Bapak meminta Bapak membantu region lain untuk meningkatkan prestasi. Ironinya, individu yang berjaya mendapat jawatan itu pula datang berjumpa Bapak untuk belajar dan mendapatkan tunjuk ajar.

Hakikat seorang pekerja…

Itu sebab Bapak wujud kan website ini. Website ini wujud supaya apa yang Bapak belajar dengan cara susah, kau boleh faham dengan cara yang lebih mudah.

InsyaAllah…

Di BapakLabur.com, Bapak berkongsi:

  • Cerita sebenar perjalanan kerjaya (tanpa ditapis)
  • Cara berfikir sebagai pekerja yang mahu jadi pemimpin
  • Skill kerja yang buat management percaya
  • Realiti politik pejabat — tanpa menjilat
  • Pengurusan duit dari perspektif orang makan gaji

Semua ini Bapak tulis untuk pekerja biasa macam Bapak tapi nak hidup lebih stabil, lebih baik dan bukan sekadar nampak berjaya.

Kalau korang seorang :

  • Non-executive & executive
  • Pekerja korporat & GLC
  • Mereka yang ada keluarga dan komitmen
  • Mereka yang nak naik level secara bermaruah
  • Mereka nak bina dana persaraan yang berdaya tahan

Kalau kau cari jalan cepat, bapaklabur.com bukan tempatnya. Tapi kalau kau sanggup bina nilai sebenar, kau berada di tempat yang betul.

Bapak tak janji kejayaan. Tapi Bapak boleh kongsi jalan yang pernah dilalui. Kalau satu tulisan di sini buat kau fikir lebih jauh, bekerja lebih bijak, atau urus hidup dengan lebih sedar. Itu sudah cukup bermakna untuk Bapak.

Alhamdulillah…

Selamat datang ke BapakLabur.com

Leave a comment