Catatan Seorang Pekerja Biasa Yang Tak Nak Kekal Biasa.

Ini kisah Bapak. Dari jawatan non-executive, perlahan-lahan naik jadi manager di sebuah syarikat telco terbesar di Malaysia. Tak ada shortcut, tak ada kabel dan tak ada ayat motivasi kosong.

Cuma realiti. Penat, jatuh, silap, bangkit…ulang balik proses…

Bapaklabur.com ialah ruang di mana Bapak akan berkongsi cerita sebenar Bapak. Kisah kerjaya Bapak, kisah Bapak urus duit dan kisah hidup Bapak. Semua cerita ini Bapak akan ceritakan dari sudut pandang seorang pekerja biasa.

Ya….Dari sudut pandang seorang pekerja biasa

Bapak pernah bergaji kecil. Pernah buat keputusan salah. Pernah juga dipandang sebelah mata. Dan ya… pernah hampir berputus asa dengan kerjaya sendiri. Sampai nak resign dari kerja bapak.

Di bapaklabur.com, Bapak tak jual mimpi. Bapak berkongsi apa yang betul-betul berlaku dalam dunia kerja. Semua tu dari sudut pandang Bapak:

  • Kenapa kerja keras saja tak cukup untuk naik ke tahap lebih tinggi
  • Apa sebenarnya yang bos dan management nilai kita
  • Kesilapan kerjaya yang buat ramai orang terperangkap bertahun-tahun
  • Cara urus duit supaya naik pangkat bukan sekadar naik gaya hidup

Kalau kau seorang pekerja yang:

  • Tak lahir dari keluarga senang
  • Bukan graduan dari sekolah atau university hebat
  • Ada tanggungjawab, ada komitmen
  • Ada cita-cita nak grow
  • Nak naik level dalam kareer

Selamat datang….Ini tempat kau…

InsyaAllah, ada sesuatu di sini yang akan buat kau mula berfikir, mula bergerak… dan perlahan-lahan, mula berubah. InsyaAllah….

#BapakMenulis

Leave a comment